Masyarakat antarabangsa

Masyarakat antarabangsa (Jawi: مشاركت انتارابڠسا - juga Mal. komuniti antarabangsa كومونيتي انتارابڠسا, Ind. komunitas internasional كومونيتاس اينترناسيونل) adalah ungkapan yang digunakan dalam geopolitik dan hubungan antarabangsa untuk merujuk kepada sekumpulan orang dan pemerintah dunia yang luas. Ia tidak secara harfiah merujuk kepada semua bangsa atau negara di dunia. Istilah ini biasanya digunakan untuk menyiratkan adanya pandangan umum terhadap perkara-perkara seperti isu-isu hak asasi manusia yang spesifik. Aktivis, ahli politik dan pengulas sering menggunakan istilah tersebut untuk meminta tindakan diambil; misalnya, tindakan terhadap apa yang menurut mereka penindasan politik di negara sasaran.[1]Istilah ini biasanya digunakan untuk menyiratkan kesahan dan kesepakatan untuk sudut pandang mengenai isu yang dipertikaikan; misalnya, untuk meningkatkan kredibiliti suara majoriti dalam Perhimpunan Agung PBB.[2]